Monday 29 October 2012

Definisi Psikolinguistik



Definisi psikolinguistik menurut Aitchison 1998, psikolinguistik merupakan kajian tentang bahasa dan minda. Bagi Harley (2001) pula beliau mendefinisikan sebagai sautu kajian tentang  proses-proses mental dalam penggunaan bahasa. Sementara Clark dan Clark (1977) mengatakan bahawa psikologi bahasa berkaitan dengan tiga hal utama iaitu kefahaman, penghasilan dan perolehan bahasa.

Definisi yang diberikan oleh Noor Aina Dani (2007) pula psikolinguistik ialah ilmu yang menggabungkan elemen psokologi dan linguistik. Psikolinguistik membicarakan hubungan bahasa dengan perilaku dan akal budi manusia. Menurut Noor Aina Dani lagi, istilah 'Psikolinguistik' mula digunakan lebih kurang dua dekad yang lalu. Istilah tersebut telah berkembang dari barat ke timur dan telah dijadikan salah satu kursus di beberapa universiti di Malaysia.


Setelah kita melihat pendapat-pendapat yang telah diberikan oleh ahli-ahli bahasa tentang takrif psikolinguistik, Soenjonob Dardjowidjojo dan Noor Aina Dani telah membuat rumusan berkenaan dengan definisi psikolinguistik.

Soenjono Dardjowidjojo dalam bukunya Psikolinguistk Memahami Asas Pemerolehan Bahasa telah merumuskan psikolinguistik ialah ilmu yang mempelajari proses-proses mental yang dilalui oleh manusia dalam mereka membina pengetahuan berbahasa.


Manakala Noor Aina Dani pula merumuskan perkara yang dipelajari dalam psikolinguistik ialah proses yang mendasari kebolehan manusia bertutur dan memahami bahasa. Tujuan kajian psikolinguistik  adalah untuk mengkaji struktur dan proses yang mendasari kebolehan manusia bertutur dan memahami bahasa.







No comments:

Post a Comment