Sunday 21 October 2012

Pengenalan


Kebolehan berbahasa yang dimiliki oleh manusia merupakan suatu anugerah istimewa jika dibandingkan dengan makhluk yang lain. Bahasa dapat dilihat mempunyai kaitan yang erat dengan masyarakat. Dengan menggunakan bahasa, masyarakat dapat berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain. Hal ini membuktikan bahawa bahasa merupakan medium terpenting dalam perhubungan atau komunikasi dalam masyarakat. Kanak-kanak juga menggunakan bahasa untuk berkomunikasi walapun timbul kelainan antara bahasa kanak-kanak dengan bahasa orang dewasa. Kelainan bahasa yang ditimbulkan dalam bahasa kanak-kanak akan dilihat berdasarkan proses pemerolehan bahasa dan persepsi kanak-kanak terhadap bahasanya.

No comments:

Post a Comment